Hari ini saya nak share bagaimana cara klonkan remote alarm kereta motor yang model aftermarket.( bermaksud kat sini aftermarket ialah alarm tersebut bukan alarm original yang dapat semasa membeli kereta atau motor)..

Langkah yang saya ambil semasa hendak membeli alarm duplicator ini ialah:
- Memastikan frekuansi alarm terlebih dahulu, setelah mengenal pasti alarm saya menggunakan frekuansi 315Mhz baru saya order duplicator alarm dengan frekuansi yang sama.
- Cari cara duplikasi yang mudah, bila buat survey saya dapati terdapat cara direct copy remote to remote iaitu tak perlu pergi kereta untuk membuat setup tertentu. Selalu setup dikereta ini adalah ketika membuat matching atau duplicate remote original sahaja.
Berikut merupakan alarm remote duplicator yang telah saya beli melalui aplikasi online shopping. Harga cukup murah dan sesuai untuk kegunaan duplikasi yang hendak saya lakukan.


Disini saya telah cuba klonkan remote alarm kereta dan motor, ia berjaya dilakukan dan berfungsi dengan baik.
Anda boleh lihat video yang saya telah siapkan ketika membuat duplikasi remote alarm tersebut.
Terima kasih..