Cara Nak Tonton Movie Di CWTV.COM

Mungkin ramai yang mengenali website CWTV.COM ni dan bagaimana cara untuk mengaksesnya.

CWTV merupakan portal TV bersiri yang agak popular kerana ia memaparkan hampir kesemua Serial atau Season Drama TV di US tanpa melibatkan apa-apa bayaran.

Tapi jika anda terus akses portal tersebut dengan menggunakan IP tempatan atau bukannya IP dari US, akses anda pastinya akan diblok seperti dibawah ini.

Tetapi anda tidak perlu bimbang, kerana buat masa sekarang ni terdapat banyak website yang memberikan khidmat VPN (Virtual Private Network) secara percuma dan selamat.

Antara penyedia VPN yang mendapat ranking yang agak baik dan popular adalah ProtonVPN.

Anda cuma perlu download software yang mereka sediakan dan mendaftar di website mereka untuk software ini berjalan dengan baik.

Kepada pengguna pertama kali di ProtonVPN ini, mereka akan memberikan uji pakai sistem VPN mereka selama sebulan dengan membuka kesemua IP VPN, dan selepas itu akan lock dan berikan 3 IP secara percuma untuk kegunaan harian.

3 IP percuma tersebut ialah dari negara US, Jepun dan Netherlands. Jika pada saya, 3 IP ini pun sudah memadai penggunaannya.

Kita boleh klik auto connect IP VPN atau pilih secara manual mengikut negara yang dikehendaki, oleh kerana saya ingin menonton serial TV pada CWTV maka saya pilih secara manual IP VPN dari negara US itu sendiri.

Berikut hasil setelah ProtonVPN disambungkan.

Jadi sekarang saya boleh lihat kesemua channel yang CWTV sediakan dan yang pastinya ia FREE.