Pada posting kali ni saya buat diagram ringkas cara pemasangan hon pada kereta Avanza. Ini adalah berikutan daripada yang saya telah buat pada kereta Toyota Avanza 1.5 Type E. ( kena tulis model, risau kereta model avanza type lain berbeza wiring ).
Secara basic cara pemasangan hon adalah sama untuk semua kereta.
Setelah mengenal pasti hon Avanza ni, ia juga menggunakan dwi hon (dua biji hon), dan ia juga menggunakan dua wiring yang berbeza, iaitu satu set wiring untuk sebiji hon. Jadi terdapat dua wiring hon pada sistem kereta Avanza ini.

Saya juga telah check yang mana arus positif (+ve) merupakan trigger signal hon daripada steering, yang mana kebiasaannya adalah arus negatif (-ve). Ini merujuk kepada kereta Perodua Kenari (sebelum ni saya dah pasang dulu hon pada kereta Kenari ini.).
Tapi ini tidak memberikan apa2 perubahan kepada cara pemasangan hon serta relay 12v yang akan digunakan.
Berikut merupakan diagram ringkas yang saya telah lakarkan…(sori kurang cun..hehehehe)

Berikut merupakan penerangan mengenai gambarah diatas.
- Kaki pada hon boleh pilih salah satu untuk dijadikan Positif dan Negatif.
- Pada gambarajah ini dan mengikut kedudukan hon dalam gambar, saya telah pilih kaki belah atas sebagai terminal Negatif (-ve) dan kaki belah bawah sebagai terminal Positif (+ve).
- Untuk output atau bunyi yang baik, terminal adalah lebih baik diseragamkan.
- Line warna Hitam adalah petunjuk kepada wiring kabel negatif (-ve) dan line warna Merah pula petunjuk kepada wiring kabel positif (+ve).
- Relay yang saya guna pakai semasa pemasangan hon ini dalah merupakan relay 5 pin 12v max 80a.
- Saya menggunakan female klip dan piggyback 6.3mm terminal connector pada setiap pin, dan ring bersaiz 10mm untuk sambungan ke body ( grounding ).
- Pin relay 87a saya tutup dengan heatshrink tube.
- Inline fuse holder dengan fius 15amp
- Hanya set wiring hon terdekat pada belah bateri yang saya gunakan sebagai signal daripada steering kepada relay, dan satu set lagi saya insulate menggunakan blacktape.
Dibawah merupakan video ringkas saya pasang hon dekat Toyota Avanza.