Duplicate Kunci Dan Immo Daihatsu Storia 1.3 Na

Kali ini saya telah order kunci seperti mana sama dengan bentuk kunci original Storia.

Kunci pendua ini mempunyai shell atau bahagian tempat penyimpanan chip immo transponder.

Kunci Pendua Siap Tempat Chip Immo

Semua pun dilakukan secara online dan saya cuma perlu tunggu kunci sampai ke rumah.

Mengikut seller, kunci seperti ini juga boleh diguna pakai pada kenderaan Passo, Boon, Luminas dan Sette selain Daihatsu Storia dan Toyota Duet.

Cuma kunci ini menggunakan logo toyota, bukan logo daihatsu. Setelah bertanya lebih lanjut kepada seller tersebut, dia memberitahu cuma ada stok kunci yang berlogo toyota sahaja.

Setelah membuat semakan saiz kunci (panjang, garis longkang kunci) original dengan kunci pendua ini, baru lah saya meneruskan untuk membuat tempahan ini.

Seller cuma meminta gambar kunci dengan jelas dibahagian gigi kunci sahaja.

So setelah kunci sampai, saya cuma perlu letakkan immo didalam shell kunci tersebut dan cuba onkan kereta.

Siap pasang Chip Immo

Untuk makluman, saya telah klonkan chip immo terlebih dahulu. Anda boleh lihat posting tersebut dekat link ini.

Immo Chip 4C Daihatsu Storia 1.3 NA

Kunci berfungsi dengan baik..

Video ringkas semasa saya test kunci tersebut.