LDPlayer Android Games Emulator For PC

Ada juga beberapa orang rakan bertanya kepada saya cara untuk layan games phone atau android game dekat PC.

Boleh ke kita main game Android dekat PC.

Jawapannya memang boleh.

Anda cuma perlu install game Emulator dekat PC terlebih dahulu.

So sebelum tu anda kena pastikan PC anda sudah mempunyai sambungan Internet dan juga akaun google.

Setelah saya buat carian online, didapati Emulator yang mempunyai sambutan yang baik serta mempunyai reputasi yang tinggi adalah daripada model LDPlayer.

LDPlayer Logo

Masih terdapat Emulator lain yang terlebih dahulunya muncul sebagai perintis sistem permainan android di PC ni.

Contohnya seperti dibawah ini.

bluestacks, games loop, memu dan banyak lagi.

Tapi dekat sini saya ingin tumpu kepada LDPlayer sahaja.

Saya telah install Emulator LDPlayer ni pada PC (Windows 10 64 Byte 4G Ram). PC yang saya guna cuma basic spec sahaja dan bukannya PC gaming spec..( ehehehehe)..

Apabila login pada Emulator LDPlayer ni menggunakan akaun google (yang sama digunakan login Google Play), google akaun telah detect yang saya telah login melalui peranti baru iaitu SAMSUNG S10+.

Bermakna Emulator LDPlayer ni menggunakan sistem software yang sama oleh SAMSUNG S10+ la macamtu.

Minima spec PC untuk LDPlayer beroperasi dengan baik cuma dengan 2G Ram dengan minima free storage 36Gb

Gambar dibawah menunjukkan saya cuba run game COC atau Clash Of Clans dan Tapped Out : The Simpsons

Yeah..dah login…
Download update ke latest version games
Setelah login akaun, baru level 323.
Setel install 4 apps buat masa ni….heheheh…

Permainan agak smooth dan baik. Delay berlaku adalah disebabkan line internet yang selalu terputus, perkara yang sama ketika bermain diphone .

Untuk games Tapped Out, saya cuma perlu login akaun supaya dapat teruskan level yang sama semasa bermain diphone.

Lagi syok tengok game bila sume paparan adalah besar, sebelum ni saya cuma gunakan samsung galaxy tab 10.8 untuk main game ini semua. Bila tengok diskrin yang lebih besar memang nampak sungguh mengagumkan.