Pasang Voltmeter Dekat Toyota Avanza

Projek kali ni merupakan pemasangan Voltmeter dekat kereta Toyota Avanza.

Oleh kerana kereta Toyota Avanza ini tidak dilengkapi aksesori pembaca voltan, yang mana penggunaan voltmeter ini sangat ringkas iaitu memaparkan voltan semasa bateri dan voltan semasa enjin dihidupkan (iaitu voltan daripada alternator)..

Dengan adanya voltmeter ini, kita boleh mengetahui keadaan semasa bateri dan juga alternator, samada berkeadaan baik atau pun tidak.

Jadi kali ni saya menggunakan voltmeter model Koso, atau Koso Mini Voltmeter.

Range atau julat bacaan voltannya ialah daripada 12v~150v. Saya telah uji voltmeter ini untuk membaca voltan yang lebih rendah daripada 12v dan ia masih mampu membacanya.

Berikut merupakan voltmeter yang saya gunakan.

Koso Mini Voltmeter
Koso Mini Voltmeter

Gambar dibawah masa saya test pada Powerbank

Bacaan Powerbank

Gambar ini pula masa saya test pada bateri electrik skuter Dualtron 2 Limited Spec 60v

Bateri Electric Scooter Dualtron 2 Limited Spec 60v

Gambar ini pula hasil pemasangan dekat kereta Toyota Avanza

Bacaan dekat Kereta Toyota Avanza

Dibawah ini merupakan video ringkas proses pemasangan voltmeter dekat kereta Toyota Avanza