Razer Gold Wallet

Ok kali ni saya nak kongsi secara detail lagi mengenai Razer Gold Wallet ini.

Untuk makluman rakan semua, laman website Razer Gold & Silver ni merupakan salah satu portal untuk pembelian duit maya untuk game-game online contoh seperti PUBG, Mobile Legend, Call Of Duty, Bigo Live dan lain-lain lagi.

Anda boleh semak pada link Razer Katalog ini.

Katalog Games

So jika anda pemain games online tersebut, anda boleh gunakan Razer Gold Wallet ni untuk membeli UC (Unknown Cash), Diamond, Call Of Duty Point (CP) dan lain-lain dengan ada nya Razer Gold Wallet ni.

Bermakna dengan satu akaun wallet anda boleh membayar atau membeli bermacam jenis duit game online.

Poin utama berkenaan Razer Gold Wallet ni saya dah tulis kat atas. So apa kelebihan lainnya..????…

Bagi saya ada 2 jenis poin utama dengan menggunakan Razer Gold Wallet ni.

  1. Kemudahan untuk membeli mana-mana duit game online.
  2. Reward daripada pembelian duit game online itu sendiri.

No satu saya dah terangkan kat atas, mudah dan ringkas je tujuan asal dia ni kan. Tang poin no dua tu yang terbaik bagi saya. Kenapa..??

Ok..setiap pembelian menggunakan akan diberi reward yang dipaggil SIlver. Sebab tu lah portal Razer ni dipanggil Razer Gold & Silver.

Gold digunakan untuk membeli atau bayar, manakala Silver pula digunakan untuk redeem bonus atau produk yang berkaitan dengan Gaming dalam portal Razer Gold & Silver ni.

Cuba tengok senarai produk yang anda boleh redeem dekat ini. Boleh klik link Redeem Silver Reward ni.

Redeem Katalog Silver

Berdasarkan pada gambar diatas je, anda boleh nampak dengan 3000 Silver anda boleh redeem 60 UC PUBG.

Selain tu juga anda boleh gunakan Silver ini untuk join contest cabutan bertuah. Hampir setiap bulan ada je contest yang mereka tawarkan.

Semasa saya tulis post ini, mereka telah tawarkan sebuah Kerusi Gaming yang saya menarik.

Tiket dengan 2000 Silver sahaja.

Kalau untung sabut timbul, manatau boleh dapat kerusi empuk ni. Selesa dan cun tu.

Stop kat sini dulu, nanti saya update lagi berkenaan dengan Razer Gold Wallet ni.