
Berikut merupakan gambarajah kaki relay 5 pin.
Post kali ni merupakan bahan rujukan saya dikemudian hari, jika terlupa bagaimana cara susunan dan cara pasang relay 5 pin tersebut.

Kegunaan relay ni adalah sangat meluas pada kenderaan, contoh kebiasaan adalah seperti pada hon, starter, lampu, dan lain2.
Buat masa ni saya cuma biasa pasang ketika pemasangan hon, foglamp dan alarm kereta.
Susunan pada kaki relay mengikut gambarajah diatas. Saya akan bahagikan kepada dua, sebab penggunaan relay ini juga boleh kepada output positif atau negatif.

Pin 87a dalam entri kali ini saya tak pakai, kerana pin 87a merupakan berkondisi N.C atau Normally Closed ( litar tertutup – arus sentiasa ada) so untuk keselamatan saya akan balut pin kaki ini dengan heatshrink tube.
A ) Jika pemasangan relay memerlukan output positif (+ve).
- Pin 30 kepada +ve bateri 12v
- Pin 87 kepada +ve peralatan (load)
- Pin 86 kepada +ve suis
- Pin 85 kepada -ve suis
B ) Jika pemasangan relay memerlukan output negatif (-ve)
- Pin 30 kepada -ve bateri atau body kereta
- Pin 87 kepada -ve peralatan (load)
- Pin 86 kepada +ve suis
- Pin 85 kepada -ve suis
Pin 30 dan 87 merupakan OUTPUT, manakala pin 85 dan 86 merupakan suis.

Ada je entri jika digoogle untuk pin 85 dan 86 boleh sahaja dipasang terbalik polariti iaitu 85 positif dan 86 negatif. Jika pasang begitu pun ia masih berfungsi dengan baik, cuma saya lebih suka mengikut tetapan asal kedudukan dan pemasangan pin relay.
Mesti ada sebab kenapa ia dikilangkan dengan susunan asal begitu.
Jadi, kedua jenis pemasangan A dan B ini saya dah lakukan pada kereta iaitu, jenis pemasangan output positif ketika pasang hon pada kereta Avanza dan Kenari, manakala pemasangan output negatif ketika saya ingin memasang alarm pada kereta Kenari (modul central lock daihatsu k3na) yang mana ketika saya ingin menyambungkan output lampu daripada modul alarm 13 pin (output positif) dan penerima pula memerlukan output negatif hazard light (double signal ready +ve dah).
One thought on “Relay 5 Pin 12v”
Comments are closed.