
Hari ni saya nak test sistem RFID Push Start Button sebelum membuat pemasangan dekat kereta.
Pemasangan telah saya buat secara video dan anda boleh lihatnya dibahagian bawah posting ini nanti.
Gambar dibawah ini merupakan RFID Push Start Button yang saya gunakan ketika membuat testing.

Kalau ikutkan ada banyak model atau kotak marketing yang berbeza dengan produk ini, tetapi modul dan aksesori yang diberikan adalah lebih kurang sama.
Saya akan tunjukkan item yang saya dapat ketika membeli produk ini.
Modul atau Ecu Sistem.

Button ON OFF

Antena Receiver RFID

RFID Chip

Set Wiring Utama
Set kabel atau power kabel ini saya dah pasang connector 6.5mm, senang untuk pasang pada connector suis. Jadi tak perlu potong atau bypass pada set kabel kereta nanti.

Set kabel signal brek
Hanya kabel berwarna biru sahaja yang akan disambung kepada set wiring brek. (output 12v semasa brek dipijak). Manakala kabel warna coklat tidak terpakai.

Kabel Tie

Buku Manual Atau Diagram Pemasangan




Berikut merupakan video testing pemasangan RFID Push Start Button System