Berikut merupakan rujukan pendawaian basic untuk audio player atau radio kereta.
Biasanya standard warna kabel yang disertakan dengan unit audio adalah sama.

Asingkan terlebih dahulu set kabel untuk power supply dan set kabel speaker.

Set kabel speaker juga diasingkan kepada dua bahagian, iaitu set speaker depan dan set speaker belakang.


Cara pemasangan pula.
Bermula dengan menyambungkan +12v (command direct bateri), ACC +12V dan -Ve kepada unit player terlebih dahulu.
Selepas itu ON kan unit dan mainkan radio atau lagu.
Pada setting Audio unit, pilih bahagian Balance (ini merupakan setup balance suara speaker). Pusing tombol atau set kepada penuh kiri atau penuh kanan. Biasa set ini akan onkan 1 speaker belakang sahaja samada kiri atau kanan.
Disitu ambil set kabel yang speaker belah belakang mengikut gambar, dan test satu2 set kaler pada sambungan speaker kereta. (ini jika kabel di kereta tidak mempunyai kaler atau warna yang sama dengan set kabel berwarna daripada audio). Pastikan +ve dan -ve speaker adalah betul dan tidak terbalik. Biasa kabel yang berjalur hitam adalah bahagian -ve.
Jika masih kurang pasti set terminal +ve dan -ve speaker kenderaan anda, sila buka trim pintu atau lokasi speaker anda tersebut untuk melihat keadaan terminal kabel sebenar.
Jika sudah berjaya menyambungkan set kabel speaker belakang, cara yg sama juga digunakan untuk menyambung set kabel sebelah depan.
Kurangkan set balance daripada penuh (contoh jika penuh memberikan nilai 10, kurangkan kepada 5 atau lebih rendah lagi), ini akan setkan bunyi pada speaker depan pula.
Nota tambahan : Sebahagian audio mengunakan set balance +F,+FR (+front, +front rear) dan -F,-FR (-front,-front rear)..
Selepas jumpa kesemua set kabel dengan speaker, jangan lupa kemaskan wiring tersebut samada menggunakan blacktape atau heatshrink.
Saya pula lebih suka untuk pasangkan kabel connector male female pada set wiring ini, bertujuan untuk mudahkan akan datang jika ingin menukar set player lain.

Antara tambahan lain yang boleh dibuat jika perlu ialah menambah relay 12v.
Anda boleh cek pada unit audio samada ia menggunakan 12v atau lebih, ada juga player yang menggunakan range 12v hingga 14v (14v untuk output optima). Biasa rate ini anda boleh lihat pada sticker atau kertas manual pada unit atau buku manual player tersebut.
Kebetulan saya menggunakan player model Pioneer Single Din yang menggunakan range 14v so, saya pun tambah relay. Jika tak tambah relay pun ok je sebenarnya. (Sifat ingin tau kuat, sebab tu pasang relay, hehehehe..)

Mengenalpasti relay anda boleh cek link ini, relay 12v.
Dekat pemasang audio ini, output relay pada kaki pin 87 adalah kepada ACC 12V audio.
Pin kaki 30 daripada ACC +12 kunci (kereta).
Pin kaki 86 diambil daripada +12V bateri (direct bateri).
Pin kaki 85 diambil daripada -Ve (body).
Pin kaki 87a tidak diguna pakai. (tutup dengan heatshrink tube).
Gambar lupa nak ambil, nanti jika sempat buka audio player tu semula saya akan update page ini..
*** Update gambar player Pioneer

Video ringkas Pioneer DEH-X1650UB